Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harry Maguire tidak gentar karier bersama England

    LONDON, 6 JULAI – Harry Maguire menegaskan dia tidak bimbang dengan kariernya bersama England selepas dibelenggu masalah di dalam dan di luar padang sejak setahun lalu dan mahu menebus kesilapannya ketika menentang Denmark pada separuh akhir Euro 2020 Khamis ini.

    Sebelas bulan lalu, kapten Manchester United itu terpaksa tidur dua hari di lokap Greece selepas percutiannya bertukar imenjadi insiden memalukan.

    Maguire, 28, dipenjara 21 bulan selepas didapati bersalah menyerang anggota polis dan rasuah dalam insiden di Mykonos.

    Dia tetap mendakwa tidak bersalah dan berjaya dalam rayuannya sekali gus tiada rekod jenayah menjelang perbicaraan penuh.

    Maguire digugurkan dari skuad England ketika menentang Iceland dan Denmark di Liga Negara-Negara pada September lalu dan terus berdepan kemerosotan prestasi ketika beraksi untuk negaranya dan kelab selepas itu.

    United dibolosi 12 gol dalam tiga aksi pertama Liga Perdana manakala penampilan pertama bersama England pada Oktober dicemari dua kad kuning ketika permainan memasuki minit ke-31 dalam perlawanan yang menyaksikan Denmark menang 1-0 di Wembley hasil penalti Christian Eriksen.

    Kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi tapi dalam situasi sangat berbeza pada Khamis ini.

    Tandukan padu Maguire membantu England membelasah Ukraine 4-0 di Rom sekaligus mencipta rekod kebangsaan dengan tujuh perlawanan berturut-turut tanpa dibolosi. – AFP

    Pemain pertahanan England, Harry Maguire semasa sidang media di St George’s Park di Burton-on-Trent, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda