Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harry Styles hentikan konsert seketika

    Penyanyi Harry Styles sanggup menghentikan konsertnya seketika gara-gara memberi peluang kepada seorang wanita hamil untuk pergi ke tandas.

    Mirror melaporkan, ketika membuat persembahan di Stadium Principality Cardiff pada Selasa lalu, Harry berbual dengan peminat yang dikenali sebagai Sian di hadapan penonton.

    Wanita berkenaan meminta untuk menghentikan sebentar konsert kerana dia tidak mahu terlepas menyaksikan persembahan penyanyi itu.

    Apa yang paling mengejutkan, Harry begitu terbuka dan memberitahu dia akan menunaikan permintaan peminatnya itu dengan menghentikan persembahan seketika.

    “Adakah awak tahu apa yang saya akan lakukan? Awak pergi sebentar, saya akan berhenti,” katanya.

    Menepati janji kepada peminat, Harry kemudian berbual dengan penonton yang lain sementara menunggu Sian kembali daripada tandas.

    Sekembalinya peminat berkenaan, penyanyi lagu As I Was itu meminta penonton untuk membantunya memilih nama anak damit yang bakal dilahirkan wanita itu nanti.

    Penyanyi itu mencadangkan nama-nama seperti Stevie, Harley, Rafe dan Caleb dan kemudian meminta penonton untuk memilih. – Agensi

    Harry melayani peminat dengan baik. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda