Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harry Styles kongsi detik cemas

    BEKAS ahli kumpulan One Direction Harry Styles akhirnya berkongsi detik cemas ketika dia dikepung sekumpulan perompak pada malam 14 Februari lalu.

    Memetik laporan CNN daripada sebuah wawancara dengan Howard Stern di SiriusXM, Harry menceritakan segala-galanya.

    “Ketika itu saya sedang berjalan pulang dari rumah seorang teman. Saya kemudian ternampak sekumpulan orang memakai topeng… saya mula rasa sesuatu yang aneh,” katanya.

    Tambah Harry kumpulan berkenaan menghampirinya dan bertanya mengenai barangan yang ada padanya.

    “Saya mengeluarkan telefon bimbit, lalu mereka menyuruh saya membuka kata laluan.

    “Tapi saya enggan dan salah seorang daripada mereka berkata saya hanya diberikan masa 10 saat,” katanya lagi.

    Saat itu Harry ternampak sebilah pisau daripada individu berkenaan.

    Sepantas kilat Harry melarikan diri daripada kumpulan perompak berkenaan dan dia bernasib baik kerana mereka tidak mengejarnya.

    Kata Harry mungkin kerana mereka sudah mendapat wang tunai dan barang-barang lain milik Harry. – Agensi

    Harry menceritakan tentang detik cemas apabila beliau dikepung oleh sekumpulan perompak pada bulan lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda