Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harta Coco Lee bernilai HK$220 juta dituntut suami

    Bintang Hong Kong, Coco Lee mewasiatkan sebanyak HK$220 juta kepada ibunya selepas ditemui meninggal dunia pada 5 Julai lalu.

    Memetik dari mStar, wasiat berkenaan dipercayai turut melibatkan tujuh hartanah iaitu rumah mewah dan juga bangunan komersial di Hong Kong.

    Katanya, tujuh daripada hartanah tersebut itu dimiliki Coco bersama ibunya dan ada juga didaftarkan atas nama dua adik perempuannya iaitu Carol dan Nancy.

    Namun hartanah tersebut dipercayai dibayar sepenuhnya oleh mendiang.

    Dalam pada itu, suaminya iaitu Bruce Rockowutz dikatakan turut menuntut harta pusaka milik isterinya itu.

    Malah Bruce dikatakan telah mengambil tidakan undang-undang untuk menuntut bahagiannya di dalam aset milik mendiang.

    Bagaimanapun, mendiang dikatakan telah menandatangani sebuah wasiat yang menyatakan kesemua harta akan menjadi milik ibunya sekiranya dia meninggal dunia.

    Pada Rabu lalu, Coco dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai membunuh diri di kediamannya.

    Adik kepada penyanyi itu mendedahkan mendiang sudah lama menderita masalah kemurungan sejak beberapa tahun lalu dan keadaannya bertambah buruk sejak kebelakangan ini sebelum ditemukan tidak sedarkan diri pada Ahad lalu.

    Memetik laporan The Star, media Taiwan dan Hong Kong melaporkan Coco menghidap kanser payudara tahun lalu dan menjalani pembedahan untuk membuang tumor tersebut.

    Mendiang hanya memberitahu dua kakaknya tentang penyakit berkenaan dan tidak menerima kimoterapi selepas itu. – Agensi

    Bruce Rockowutz tuntut harta mendiang isterinya, Coco Lee daripada ibu mertua. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda