Tuesday, March 18, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hartawan cina dipenjara 18 tahun

    BEIJING, 28 JULAI – Mahkamah China menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas seorang hartawan pertanian Sun Dawu hari ini atas beberapa kesalahan jenayah termasuk ‘melakukan provokasi’ selepas dibicarakan di mahkamah secara tertutup.

    Mahkamah di Gaobeidian dekat Beijing mengatakan Sun disabitkan bersalah melakukan jenayah termasuk ‘mengumpulkan orang ramai bagi tujuan memprovokasi kerajaan, pentadbiran dan menyebabkan pertelingkahan.

    Dia ditahan oleh polis pada bulan November bersama 20 ahli keluarga dan rakan perniagaan selepas syarikatnya terlibat dalam pertikaian tanah dengan pesaing milik kerajaan.

    Sun yang berkarisma membina salah sebuah syarikat pertanian swasta terbesar di China bersama isterinya dengan melakukan penternakan haiwan pada tahun 1980an.

    Sun juga didenda 3.11 juta yuan (AS$475,000) oleh mahkamah hari ini.Perbicaraan dimulakan di Mahkamah Rakyat Gaobeidian di wilayah Hebei utara pada 15 Julai, menurut peguamnya, yang mengatakan dalam satu kenyataan bahawa perbicaraan yang dilakukan secara tertutup itu “melanggar garis panduan undang-undang dan tidak melindungi hak-hak litigasi terdakwa.”

    Sun sebelumnya dijatuhi hukuman penjara kerana melakukan ‘penyelewengan dana’ pada tahun 2003, tetapi digugurkan selepas mendapat sokongan daripada pembela dan orang ramai.

    Rakaman video yang dikongsi oleh peguamnya kelmarin menunjukkan pihak berkuasa mengetatkan kawalan keselamatan di luar mahkamah, dengan konvoi kenderaan polis dan pegawai berpakaian biasa. – AFP

    Gambar fail pada 24 September 2019 menunjukkan Sun Dawu di sebuah gudang makanan di Hebei, di luar Beijing. Sun dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun atas beberapa kesalahan jenayah. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda