Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haruman sekuntum mawar

    Oleh Zulkamal Haji Kamis

     

    “LORENA, siapa kan yang membagi bunga ane?” tanya Tasha kepada Lorena yang sedang duduk menghadap komputernya. “Emmmm inda ku tahu Tasha ah, tadi masa ku datang, bunga atu sudah ampai-ampai atas mejamu, peminat rahsiamu kali bah Tasha, lagi pun lawa juga mawar atu Tasha, pasti ia peminat setia mu yang banar-banar menyukai kau kali,” jawab Lorena sambil tertawa.

    “Bah sudah, jangantah kan memanjang-manjang sis ah, malas ku ah, inda ku mahu kan menjalinkan hubungan masa ane, sekarang ane aku mesti fokus terhadap kerja sis, banyak lagi cita-cita ku yang alum tercapai lagi ne sis,” kata Tasha lagi kepada Lorena. “Eleh, inda mau konon, jangantah sombong dan ego ane sis ah, esuk-esuk karang kawin,” jawab Lorena sambil berlalu pergi ke dapur pejabat mereka.

    Tasha memandang bunga itu. Setelah beberapa bulan ini, dia sering menerima kiriman bunga mawar yang cantik dan harum namun tidak mengetahui siapakan pengirimnya. Situasi itu membuatkan Tasha menjadi tidak senang kerana pastinya dia mengetahui bahawa ada seseorang sedang mengintai dirinya. “Emmmm cantik juga bunga ane, harum, huh siapakah gerangan yang menghantar bunga ane ah,” tanya Tasha seorang diri.

    “Eyhhhh Tasha, alum boss kitani datangkah, aku ane kan minta sign ne surat cutiku ah, kan belayar ku Tasha,” tanya Lorena kepada Tasha. “Emmmm inda ku pasti Lorena ah, dari tadi ku liat gelap gelita pun biliknya atu, so maksudnya alum tah ia datang tue sis,” jawab Tasha kepada Lorena. “Nah dari tadi ku liat kau ane memandang saja bunga atu, jangan diliat banar-banar, jatuh cinta kau karang arah orang yang menghantarnya,” kata Lorena kepada Tasha. Tasha hanya ketawa mendengar kata Lorena itu. “Sudahlah kau Lorena, tunggu tia datang boss atu karang,” jawab Tasha.

    Beberapa hari kemudian

    “Nah ada tia lagi bunga ane Lorena, eeeeee sanak ku eyh, siapakan punya angkara ane, rimasku eyh,” keluh Tasha kepada Lorena. “Awu ah, Tasha balik-balik bunga atu datang, macam memberi ijap jua ah, baik kau berhati-hati eyh, sekarang ane lagi macam-macam boleh berlaku sis,” jawab Lorena kepada Tasha. Tanpa mengambil masa yang lama, Tasha membawa bunga mawar itu ke bilik mesyuarat dan meletakannya bersama dengan bunga-bunga sebelum ini.

    “Ku liat bilik mesyuarat atu macam taman bunga sudah Tasha,” kata Tinie kepada Tasha yang sedang asyik membuat kerja. “Awu kak, malas ku membawa balik, tapi lawa jua tue mun banyak bunga, segar sikit, inda stress bekerja jadinya,” jawab Tasha kepada Tinie. “Awu banar pulang, tapi jangan juga, ada jua orang inda kelawaan bunga mawar ane Tasha, salah seorangnya aku,” balas Tinie sambil berlalu pergi. Tasha hanya mampu tersenyum. “Macam apa,” kata Tasha dalam hati. “Jangan tah kau layan tue Tasha, ia jelez tue cTinie ah,” kata Lorena kepada Tasha.

    “Cantik kan Tasha bunga ane, tapi siapakan punya bunga ane, kenapa inda dibawanya balik ah,” kata Syafiq ketika berada di bilik mesyuarat. “Sebenarnya aku punya boss, tapi malas ku membawa balik, pasal inda ku tahu siapa yang membagi aku bunga atu. Daripada ku bawa balik, why not ku simpan saja di sini boss, lawa juga bilik mesyuarat kitani,” jawab Tasha kepada Syafiq. “Owh, kau inda sudi menerimakah bunga ane Tasha,” tanya Syafiq secara tiba-tiba. “Bukan inda sudi boss, tapinya takut, manatau sipembagi bunga ane orang jahat kah, orang gila kah macam-macam lagi lah,” jawab Tasha bergurau.

    Syafiq ketawa begitu juga Tasha. “Owh, tapi kan aku rasa mesti hensam ne orang membagi bunga arah mu ane Tasha,” kata Syafiq kepada Tasha. Tasha semakin kurang selesa dengan perbualan itu. “Aiiii boss suka kah bunga atu, mun suka ambil tia,” kata Tasha kepada Syafiq. “Eshhhh inda lah, bah mana saja kau Tasha,” jawab Syafiq. “Aiiii kamu berdua belum balik lagi ke, akhir jua sudah ne, sunyi sepi sudah opis,” kata Lorena kepada Tasha dan Syafiq. “Kan balik tah ne Lorena,” jawab Tasha kepada Lorena. “Jadi boss, ada apa-apa lagi?” tanya Tasha kepada Syafiq. “Tak ada,” jawab Syafiq sambil memandang Tasha berlalu pergi meninggalkan bilik mesyuarat itu. “Andainyalah kau tahu Tasha,” kata Syafiq di dalam hati.

    “Aduhhhhhh manatia kan bas ane, biasanya ada sudah bas ane, aduhhh, kan malam sudah eyh,” kata Tasha seorang diri. Ketika itu hanya Tasha saja seorang diri di pondok perhentian bas. “Aduhhhh time cni lah juga ketaku atu inda mau idup, stress ku eyh,” kata Tasha lagi. Ketika sedang menunggu bas datang, sebuah kereta Mercedes merah berhenti di depan Tasha. “Tasha, bahapa kau di sini, bukan kau ada keta kah,” kata Syafiq kepada Tasha. “Keta ku rosak boss, iatah menunggu bas ane, dari tadi alum ada,” jawab Tasha kepada Syafiq. “Bah mun catu, aku mengantar kau balik,” kata Syafiq kepada Tasha. “Eshhhh jangantah boss, aku tunggu bas saja,” jawab Tasha. “Asta, bah aku saja mengantar, inda lagi ada ne bas datang mun akhir sudah ane,” kata Syafiq lagi.

    Tasha menjadi serba salah lalu terpaksa mengalah. “Kenapa inda ditext Lorena kah atau aku kah, dapat jua ditolong,” kata Syafiq kepada Tasha yang membisu. “Inda ku mau boss, inda ku mau menyusahkan,” jawab Tasha ringkas. “Ala, kita kan kawan satu opis, apa pulang kan menyusahkan,” kata Syafiq. Ketika dalam perjalanan, Syafiq berhenti sekejap untuk menunaikan sembahyang Maghrib, tinggalah Tasha seorang diri di dalam kereta mewah milik Syafiq itu.

    “Boss pergilah, Tasha sembahyang di rumah saja karang,” kata Tasha kepada Syafiq. “Tasha, time di luar opis ane, panggil saja aku Syafiq okey, bukan boss,” jawab Syafiq serius. “Okey Boss, eh Syafiq,” jawab Tasha. “Emmmm hensam jua boss ku ane ah, segak pulang ku liat ia memakai kupiah ane,” bisik hati Tasha. “Macam Syafiq Kyle ada jua ia ane ah,” bisik hati Tasha lagi. “Astagaaaaa, esshhh sudah sudah,” kata Tasha seorang diri. Dendangan lagu menjadi peneman setia Tasha ketika itu dan Tasha tiba-tiba ternampak seperti satu resit di laci kereta Syafiq.

    “Eyhhhh bukan resit bunga kah ne,” tanya Tasha seorang diri. “Eyhhh banar jua ne, pembelian resit bunga jua ne, jangan-jangan bunga atu dari laki-laki ane kali,” kata Tasha seorang diri lagi. “Aduhhhh boss kah yang membagi bunga atu, aduhhh ia kah,” keluhnya lagi.

    Di sepanjang perjalanan

    Tasha hanya duduk diam sahaja di sepanjang perjalanan. “Aiiiii diam saja Tasha, ada something ke,” tanya Syafiq kepada Tasha. “Inda ada apa-apa, nothing untuk dicakapkan, so diam saja,” jawab Tasha serius. “Eshhhh karut, mesti ada lah kan dicakapkan,” balas Syafiq sambil tersenyum.

    “Terima Kasih Syafiq, kerana menghantar aku,” kata Tasha kepada Syafiq. “Okey tue, pasal keta u, esuk ku uruskan ya, don’t worry,” kata Syafiq. “Eshhhh no no inda payah, aku saja Syafiq,” balas Tasha. “Betul ne, bah okey up to u Tasha, alright take cara Tasha,” kata Syafiq sambil memandang wajah Tasha. Wajah Tasha semakin merah dan hatinya berdengup kencang dan meninggalkan Syafiq dengan tergesa-gesa. “Ya Allah, what happen to me,” kata Tasha sambil melihat kereta Syafiq meninggalkan perkarangan rumahnya.

    “Huhhh don’t tell me aku jatuh cinta arahnya, aduhhhh sukar ne,” keluh Tasha seorang diri. Pada malam itu, Tasha sangat sukar untuk tidur. Dia asyik teringat dengan resit bunga mawar yang dilihatnya dalam kereta Syafiq itu. “Indakan boss yang menghantar bunga atu arah ku, if ia pun cuba tah terus terang saja bah, ane kan betapuk-tapuk macam kanak-kanak saja,” bisik hati Tasha. Tasha masih sukar untuk melelapkan mati sehinggalah dia tertidur dengan sendirinya.

    “Nah Tasha, ada lagi ne bunga ah untuk mu,” kata Lorena kepada Tasha. “Emmmm ampaikan saja tia di bilik mesyuarat atu Lorena,” jawab Tasha. “Eyhhh macam mana tah keta mu, okey sudah?” tanya Lorena kepada Tasha. “Awu okey sudah, tadi pagi boss mendangani mengusai, ia lagi tue membayarkan towing sama bateri kereta ku, sukar ku melarang Lorena,” jawab Tasha kepada Lorena.

    “Wow, sejak bila Tasha, boss atu, eyhhh jangan-jangan ia kali yang menghantar bunga atu arah mu,” kata Lorena kepada Tasha. “Eshhh jangan mengada ane Lorena ah, bukan tastenya ne aku ah,” balas Tasha kepada Lorena. “Jangantah memandang rendah ane nah, hati bah mau tau sis, apa salahnya kan mun boss atu sukakan kau Tasha, ia lagi mengantar kau kelmarin ke rumah mu, nah ada tah hint-hint nya tue Tasha,” kata Lorena kepada Tasha. Sebenarnya, Tasha sudah lama memendam perasaan terhadap Syafiq namun tidak mahu diluahkannya kerana mengetahui akan darjat dirinya. “Ego kah aku, atau melampaukah situasi ini,” bisik hati Tasha seorang diri.

    Berdepan realiti

    “Tasha, Boss kan jumpa kau tue di bilik mesyuarat,” kata Lorena kepada Tasha yang sedang sibuk membuat kerjanya. “Boss, kata Lorena kita kan jumpa aku, kenapa Boss,” tanya Tasha kepada Syafiq. “Minggu depan, kita akan pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang ekonomi di sana, jadi aku mau Tasha ikut sekali,” kata Syafiq kepada Tasha. Tasha terkejut dengan tawaran itu. “Betulkah boss, tidak ada orang lain lagi kah, rasanya ada yang lebih layak berbanding saya,” tanya Tasha kepada bossnya itu. “Nope, Tasha yang layak, okey, so minggu depan bersedia ya, semua syarikat yang tanggung, itu saja,” kata Syafiq.

    Tasha bersembunyi menanti kemunculan Syafiq. Kelihatan Syafiq sedang duduk di kerusi sofa di lobi syarikat seperti sedang menunggu kehadiran seseorang. Tiba-tiba datang seorang delivery boy membawa bunga mawar dan Syafiq membawa bunga itu kembali semula ke dalam pejabat. “Jadi betullah, memang Syafiq yang membagi bunga atu,” bisik hati Tasha. Akhirnya semua persoalan terjawab, Tasha akhirnya mengetahui siapakah gerangan yang memberikan bunga mawar itu.

    “Eyhhh Tasha, alum balik lagi kah,” tanya Syafiq tatkala terlihat Tasha berdiri di meja maklumat di lobi syarikat miliknya. “Belum, saya sedang menanti, seorang lelaki yang selalu mengirimkan saya bunga mawar itu,” jawab Tasha kepada Syafiq. “Owhhh jadi kini, kau tahulah siapa lelaki itu Tasha,” tanya Syafiq kepada Tasha. “Ya saya tahu, lelaki itu ne sedang berdiri di depan aku sekarang,” jawab Tasha sambil tersenyum. Syafiq hanya memandang wajah Tasha tanpa memberikan sebarang reaksi.

    “Okey inda kan diam saja, aneh rasanya, mana tia bunga atu boss, bawa tia turun, inda payah lagi di simpan atas meja ku, bagi ja tarus arah ku, kali ane ku bawa balik ne ke rumah,” kata Tasha kepada Syafiq.

    Bermula dari hari itu, Syafiq dan Tasha menjalinkan hubungan yang mesra. Tasha tidak menyangka, boss nya sendiri telah jatuh cinta kepadanya begitu juga dengan Tasha. Sejak hatinya berdengup laju hari itu, dia sudah tahu bahawa dia telah jatuh cinta terhadap lelaki itu. Namun semua itu bermula hanyalah dengan kiriman bunga mawar yang sering datang tanpa menggira waktu.

    “Sayang, bunga mawar ini akan menjadi saksi cinta kita, cinta yang pada awalnya sukar bagi abang untuk meluahkan kepadamu, sangat sukar tidak tahu kenapa, sebab itu abang selalu ja kirim dan letakkan bunga itu di mejamu, itu saja abang mampu lakukan, tapi akhirnya abang berani, sehinggalah kini, sayang menjadi milik abang sudah abang berharap ia akan terus berkekalan sehingga akhirnya,” luah Syafiq kepada bakal isterinya, Tasha.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda