Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harumkan nama negara

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Qariah Negara Brunei Darussalam, Hajah Nurfaezah binti Haji Emran yang telah berjaya mengharumkan nama negara setelah mendapat tempat keempat di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-60 di Kuala Lumpur, Malaysia selamat tiba di ibu negara hari ini.

    Hajah Nurfaezah telah berjaya meraih markah 84.63 peratus, serta membawa pulang hadiah tunai sebanyak RM 15,000 dan sijil penyertaan.

    Kepulangan rombongan qari dan qariah negara dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dialu-alukan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan) di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang serta pegawai-pegawai kanan dari KHEU.

    Peserta qari dan qariah diiringi oleh Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam selaku Ketua Rombongan, Haji Madzneh bin Haji Mohd Noor; Dato Paduka Haji Mohd Yusop bin Bakar selaku jurulatih qari dan qariah serta pegawai pengiring qariah, Pegawai Ugama di KHEU, Dayang Murni binti Haji Ismail.

    Peserta qari dan qariah selamat tiba di tanah air kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda