BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Pelajar Expression Music Academy melakar sejarah apabila Sforzando String Ensemble diumumkan sebagai pemenang tempat pertama pada Pertandingan String Euroasia 2019 Peringkat Akhir di Kuala Lumpur, Malaysia.
Pertandingan tahunan yang kini memasuki tahun ke-7 itu memberi platform untuk pelajar-pelajar muzik dari Brunei untuk menyerlahkan bakat mereka.
Kumpulan yang memenangi tempat pertama dalam Kategori Senior Ensemble itu terdiri daripada Evan Chiam, Glory Roslily dan Geena Roslily Onn Jia Yi, Onn Rou Yi, Vivienne Poh Yu Ting, Andre Rashad Skinner dan disertai oleh guru mereka, Keith Bryn Ybanez.
Glory Roslily juga memenangi tempat ketiga bagi Kategori Violin Solo 14 tahun dan ke bawah dan Uprising Star Award untuk prestasi cemerlangnya bagi persembahan Praeludium & Allegro. Pertandingan Euroasia Strings dianjurkan oleh Persatuan Seni Persembahan Euroasia dengan kerjasama Festival de musique des Arcs dan Siam Sinfonietta, Kamerata Kuala Lumpur dan disokong oleh ABRSM, Trinity College London – Malaysia dan Kedutaan Perancis di Malaysia.
Pengasas dan Pengarah Expression Music Academy, Lily Chiam, berkongsi bahawa, “Sforzando mempamerkan tahap persembahan yang sangat baik dan kerja keras mereka membuahkan hasil apabila berjaya memukau penonton dengan persembahan yang hebat.
