Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harun berjaya temui ‘Mr. Brown’

    Oleh Imelda Groves HA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Sempena dengan Hari Kopi Antarabangsa dan Ulang Tahun Aiking Trading Co. Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kopi Mr. Brown di Brunei, pertandingan ‘Where is Mr. Brown Manhunt 2’ berlangsung hari ini di Jerudong Park, di sini, petang ini.

    Seramai lebih 300 peserta yang mengikuti pertandingan ini namun hanya seorang pemenang yang berjaya mencari Mr. Brown yang tidak diketahui identitinya.

    Awang Mohd Harun bin Abdul Kalid berjaya memenangi pertandingan tersebut dengan membawa pulang hadiah percutian untuk dua orang ke Taiwan selama lima hari empat malam termasuk penginapan dan elaun perbelanjaan berjumlah $600.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang tunggal ini ialah Pengarah Urusan syarikat tersebut, Yeo Yam Joo.

    Sementara itu, lima pemenang bertuah pula membawa balik 365 tin kopi Mr. Brown sebagai bekalan untuk setahun bagi setiap seorang.

    Hadiah bagi lima pemenang bertuah yang diundi melalui nombor tiket masing-masing ini disampaikan oleh Pengurus Besar, Yeo Boon Khai.

    Manakala lima lagi pemenang bertuah, yang juga diundi melalui tiket masuk ke taman permainan tersebut, masing-masing membawa balik pas pakej keluarga untuk dua orang dan dua kanak-kanak bernilai $40 yang ditaja oleh Jerudong Park.

    Gambar ramai para pemenang bersamaYeo Yam Joo dan Yeo Boon Khai.
    Awang Mohd Harun menerima hadiah berupa percutian untuk dua orang daripada Yeo Yam Joo.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda