Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harungi proses penceraian

    Pasangan selebriti terkenal Song Hye-kyo dan Song Joong-ki mengambil keputusan untuk bercerai hanya selepas dua tahun berkahwin.

    Firma guaman yang mewakili Joong-ki, 33, sudah pun memfailkan permohonan bercerai dengan isterinya di Mahkamah Keluarga Seoul pada Rabu lalu.

    “Saya mengambil keputusan untuk meneruskan perceraian dengan Song Hye-kyo. Maafkan saya kerana terpaksa memaklumkan berita buruk ini kepada semua yang sentiasa menyokong saya,” katanya menerusi syarikat pengurusannya, Blossom Entertainment.

    Joong-ki turut meminta semua pihak memberikan ruang kepadanya dan Hye-kyo untuk mengharungi proses perceraian mereka.

    Hye-yo, 37, dan Joong-ki berkahwin pada 31 Oktober 2017 dalam sebuah majlis tertutup di The Shilla Hotel, Seoul. Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta selepas sama-sama menjayakan drama popular Descendants of the Sun pada 2016. – Agensi

    Song Joong-ki dan Song Hye-Kyo mengambil keputusan untuk bercerai selepas dua tahun berkahwin – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda