Thursday, May 2, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Hasebe akan bersara pada usia 40 tahun

    MUNICH, 18 APRIL – Bekas pertahanan Jepun, Makoto Hasebe, 40 tahun, yang bermain untuk Eintracht Frankfurt akan bersara dan akan menjadi sebahagian daripada anggota jurulatih pada penghujung musim, kata kelab Jerman itu kelmarin.

    Bek tengah itu telah bermain dalam 383 perlawanan di Bundesliga sejak menyertai Wolfsburg dari Urawa Red Diamonds pada pertengahan musim 2007-08.

    Hasebe membuat penampilan sulung antarabangsanya pada 2006, beraksi dalam 114 perlawanan bersama Jepun dan menjaringkan dua gol.

    “Saya telah memikirkan keputusan ini dengan teliti dan sekarang saya fikir ia adalah masa yang sesuai,” kata Hasebe dalam satu kenyataan kelab.

    “Selepas 22 tahun sebagai pemain bola sepak profesional, saya telah memutuskan untuk menamatkan kerjaya saya.”

    Aksi Hasebe semasa perlawanan bola sepak Bundesliga Jerman di Cologne, Jerman, pada 12 Februari 2023. – AP

    Hasebe memenangi Piala Asia 2011 dan menjadi kapten Samurai Blue dari 2010 hingga bersara pada 2018.

    Dia memenangi gelaran Bundesliga 2008-09 bersama Wolfsburg dan berpindah ke Frankfurt pada 2014 selepas setahun di Nuremberg.

    Di Frankfurt, Hasebe telah menjulang Piala Jerman dan Liga Europa.

    Hasebe akan bersara sebagai pemain tertua dalam sejarah Frankfurt dan pemain kelima tertua pernah bermain di Bundesliga.

    Dia akan kekal bersama kelab itu dengan peranan sebagai jurulatih.

    Pengarah sukan Frankfurt, Markus Kroesche memuji Hasebe, berkata “Keputusannya untuk menamatkan kerjayanya patut dihormati.”

    “Makoto telah melakukan perkara yang hebat untuk Eintracht Frankfurt.

    “Kami gembira dia akan kekal bersama kelab kami untuk memberikan pengalaman bertahun-tahunnya kepada pemain muda kami,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...