BERLIN, 8 JUN – Bekas ketua pasukan Jepun, Makoto Hasebe mengatakan dia bangga mengekalkan rekod penampilan terbanyak di Bundesliga dari pemain Asia.
Pemain pertahanan, Hasebe, 36, bermain 90 minit dalam kekalahan 2-0 ketika Eintracht Frankfurt bertemu Mainz kelmarin, menjadi perlawanannya di liga Jerman yang ke-309 mengatasi bekas penyerang Korea Selatan, Cha Bum-kun.
“Saya sangat bangga telah bermain lebih banyak permainan di Bundesliga daripada pemain Asia yang lain.
Tetapi bagi saya, ini akan menjadi jauh lebih penting bagi pasukan untuk menang,” kata Hasebe kepada laman web rasmi Bundesliga.
“Kami tidak sehebat yang kami perlukan hari ini. Kami kekurangan sesuatu di semua posisi,” katanya kepada laman web kelab itu.
Hasebe membuat penampilan pertama di Bundesliga pada tahun 2008 bersama Wolfsburg di mana dia memenangi gelaran sebelum satu musim menyertai Nuremburg. Pada tahun 2014 dia berpindah menyertai Eintracht dan telah bermain lebih dari 150 perlawanan untuk kelab Commerzbank Arena di mana dia menjulang Piala Jerman pada tahun 2018.
Dia bersara dari bola sepak antarabangsa selepas Piala Dunia 2018 setelah memenangi 114 pernampilan untuk Jepun.
Pada bulan Mei lalu, Hasebe mengumumkan akan mengambil posisi sebagai duta kelab bulan depan dan akan memegang dua peranan di Jerman pada 2020-2021. – AFP
