Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Hasebe sasar kerjaya jurulatih Jepun pertama di liga Eropah

    TOKYO, 24 MEI – Makoto Hasebe hari ini menyatakan hasratnya untuk menjadi jurulatih Jepun pertama di salah satu liga utama Eropah selepas bekas kapten kebangsaan itu bersara daripada bermain pada usia 40 tahun.

    Hasebe mengakhiri kariernya selepas 17 musim bermain dalam Bundesliga Jerman apabila beliau masuk sebagai pemain gantian untuk Eintracht Frankfurt dalam perlawanan terakhir kempen mereka hujung minggu lalu.

    Ia adalah perlawanan ke-384 beliau dalam liga utama Jerman, menyamakan kedudukan dengan Robert Lewandowski dari Poland dan hanya di belakang Claudio Pizarro dari Peru untuk jumlah penampilan terbanyak dalam kalangan pemain asing di Bundesliga.

    Hasebe, pemain pertahanan yang mengetuai Jepun dalam tiga Piala Dunia dan mencatatkan 114 penampilan antarabangsa, akan kekal bersama Frankfurt untuk bekerja sebagai jurulatih di peringkat remaja.

    Beliau memberitahu wartawan di Tokyo mengenai hasratnya untuk mendapatkan kelayakan jurulatih sebelum berpindah ke peranan yang lebih senior di kelab tersebut.

    “Tugas utama saya adalah untuk melatih pasukan kedua bawah 21 tahun sementara memerhati semua kategori yang berbeza,” katanya. – AFP

    Hasebe bercakap semasa sidang media selepas persaraannya di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...