Hasenhuttl kecewa aksi ‘bencana’ The Saints

LEEDS, 24 FEB – Pengurus Southampton, Ralph Hasenhuttl menggelar persembahan separuh masa kedua pasukannya sebagai bencana selepas Leeds menewaskan mereka hasil jaringan Patrick Bamford, Stuart Dallas dan Raphinha dengan keputusan 3-0 kelmarin dan membawa mereka ke kedudukan separuh teratas di Liga Perdana Inggeris.

Selepas berada di kedudukan atas pada awal musim, The Saints masih belum selamat setelah mereka hanya meraih satu mata daripada lapan perlawanan terakhir liga.

Hasenhuttl membuat keputusan berani untuk menyisihkan penjaring terbanyak Danny Ings dan pemain pinjaman daripada Liverpool, Takumi Minamino di bangku simpanan dengan pengurus Austria risau mengenai lebih banyak kecederaan akan menjejaskan skuadnya.

Pasukan pelawat mampu untuk berada di hadapan sebelum separuh masa selepas keputusan penalti Nathan Tella dibatalkan selepas tinjauan VAR, sementara jaringan gol Che Adams turut dibatalkan.

“Separuh masa pertama bagus, separuh masa kedua adalah bencana,” kata Hasenhuttl. “Kami memang layak, mereka menghukum kami pada separuh masa kedua.

“Semasa separuh masa pertama kami menunjukkan bahawa kami mampu bersaing sebagai sebuah pasukan. Separuh masa kedua, bola dibolosi menyebabkan masalah kepada kami dan ia terlalu mudah.” – AFP

Aksi Patrick Bamford semasa menjaringkan gol buat Leeds United ketika menentang Southampton kelmarin. – AP