ROCK TAVERN, New York – Setiap replika Oscar akan ditukang di kawasan faundri yang jauh dari Hollywood untuk diberikan kepada pemenang-pemenang Anugerah Academy, yang dihasilkan dari satu acuan untuk membentuk satu replika berwarna kuning keemasan.
Pekerja-pekerja di faundri seni halus Polich Tallix, kira-kira 50 batu di utara bandar raya New York, akan memulakan kerja-kerja mereka pada akhir bulan September dimana anugerah itu akan diserahkan pada 26 Februari ini. Setiap daripada 60 Oscars akan dihantar dari hangar – seperti kawasan penghasilan yang berketinggian 13½ inci, sama seperti ciri-ciri Art Deco seperti menggilap dan menyelenggarakan kemasan.
Manakala setiap ruang kosong khas yang berwarna kehitaman akan disediakan untuk plak nama pemenang, akan ditambah selepas majlis itu.
Polich Tallix, mula membuat replika anugerah itu pada tahun lepas. Mereka cuba menghasilkan replika itu bersandarkan replika asal yang diedarkan pada tahun 1929. Laluan bagi replika baru dari sebuah bandar kecil di bahagian utara New York sehingga menjadi tumpuan utama di Hollywood mungkin bukanlah satu barangan perfileman. Tetapi ia sungguh bernilai.
Setiap Oscar bermula dengan versi yang diperbuat daripada lilin, secara berulang kali dicelup ke dalam buburan seramik berwarna krim. Apabila seramik mengeras, plak versi lilin itu akan dicairkan untuk dijadikan sebagai leburan gangsa. Apa yang tinggal setelah acuan menjadi satu bentuk serpihan seramik, maka bentuk yang masih kasar itu akan dibentuk menjadi replika ikon yang elegan.
![Replika Oscar, sebahagiannya dibalut dengan kain, menunggu untuk diperiksa sebelum siap dihasilkan di faundri seni halus Polich Tallix. – AP](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/B-M7_240217.jpg)
![Cecil Bowen mengangkat replika Oscar yang telahpun diberi saduran nikel di Epner Technology di Brooklyn, New York. – AP](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/C-M7_240217.jpg)
John Menzie dan pekerja lainnya akan memastikan bagi setiap perincian permukaan – dari garis rambut Oscar sehinggalah gelendong filem yang berdiri di atasnya – menggunakan kertas pasir dan digilap menjadi kemasan halus.
Menzie menyatakan ia merupakan satu kepuasan untuk melihat kepingan-kepingan yang anda usahakan selama berjam-jam akan diberikan dan ditontonkan dalam kaca televisyen, sepertimana beliau lakukan pada tahun lalu sambil menonton Anugerah Academy.
“Apabila Leonardo DiCaprio memberi ucapan dan dia memegang Oscar itu, saya menyangka…Saya mungkin telah membuat salah satunya,” kata Menzie. “Saya berharap dalam ucapan beliau itu, dia akan memberitahu nombor siri yang berada di belakangnya, agar saya dapat mengetahui siapa yang menghasilkannya daan berkemungkinan saya!”
Kesan visual terbaik
Apabila Polich Tallix mengambil alih pengeluaran daripada salah sebuah syarikat di Chicago, Academy of Motion Picture Arts and Sciences bertanya kepada faundri itu untuk membuat replika sebenar sepertimana dengan yang asal. Seorang artis faundri, Daniel Plonski membuat imbasan 3-D dari replika terdahulu dan yang baharu, dan cuba mengimbas kualiti replika lama itu satu-persatu agar dapat diguna pakai kepada edisi terbaru. Proses penghasilan Oscar adalah rumit; cara pengayaan mimik muka yang teliti, ia mempunyai pembayangan yang besar di bahagian teliga dan rambutnya, dan pedangnya yang tajam berada di antara kakinya.
![Pelbagai versi cetakan 3-D replika Oscar yang telah ditayangkan di faundri seni halus Polich Tallix. – AP](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/E-M7_240217.jpg)
![Seorang pekerja lelaki cuba menghalusi replika anugerah Oscar di faundri seni halus Polich Tallix di Rock Tavern, New York. – AP](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/A-M7_240217.jpg)
“Caranya adalah mudah untuk tidak membuatnya terlalu berbeza,” kata Plonski. Perbezaan yang paling besar adalah orang ramai tidak dapat melihatnya. Replika ini sekali lagi akan dimasukan kedalam acuan gangsa, berbanding aloi yang mengandungi timah.
Dan anugerah dimenangi oleh…
Replika-replika akan dihantar ke Brooklyn bagi penyaduran elektrik 24 karat emas di Epner Technology, yang juga menghasilkan Oscar bagi tahun kedua.
Presiden David Epner berkata sebelum syarikatnya berkecimpung dalam pembuatan Oscar, pelakon F. Murray Abraham dan beberapa pemenang anugerah yang lainnya telah meminta beliau untuk membuat kemasan emas itu di pasaran. Namun dia berjanji agar perkara itu tidak berlaku semasa dibawah penjagaannya, termasuk proses penyaduran tembaga dan nikel pada setiap patung replika itu, sebelum proses penyaduran emas.
Polich Tallix mempunyai satu lagi tugas selepas calon-calon telah diumumkan: membuat plak nama bagi setiap pemenang yang berpotensi. Pemenang bagi anugerah itu akan diserahkan di pentas dengan plat tiada nama didalamnya. Para pemenang kemudian boleh mengambil replika atau anugerah tersebut di belakang pentas bagi pelekatan nama-nama mereka. Plat yang tidak digunakan akan dimusnahkan. – AP