Friday, May 16, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hasil lumayan avokado sasaran sindiket curi

    TZANEEN, AFRIKA SELATAN – Pancaran cahaya hijau dan putih menerangi malam tatkala tiga kenderaan keselamatan persendirian meluncur melepasi dusun berpagar, menggegar keheningan malam yang masih menyelubungi ladang di utara Afrika Selatan.

    Bayang-bayang panjang mengekori jalan yang disinari cahaya bulan ketika trak pikap melepasi deretan pokok-pokok avokado yang tersusun kemas, dahan pokok sarat dengan buah hijau yang telah pun sedia untuk dipetik.

    Pemimpin peronda Marius Jacobs mengecilkan mata di depan stereng kenderaan, mengeluarkan sebatang rokok ketika dia melihat sekali imbas di dusun untuk pencuri.

    Pekebun di bandar Tzaneen sedang bergelut dengan kecurian buah avokado yang didorong oleh permintaan global untuk buah yang kaya dengan zat vitamin itu.

    Ribuan tan avokado telah dicuri dalam tempoh lima tahun lalu, menurut Persatuan Penanam Subtropika Afrika Selatan.

    Kerugian tahunan di Afrika Selatan, salah satu pengeluar avokado terkenal di benua, berjumlah kira-kira 24 juta rand.

    “Ia semakin teruk dan kini membabitkan muatan trak,” kata Jacobs, 34, sambil membuka satu tin minuman tenaga.

    “Ia bukan disebabkan seseorang berasa lapar, ia merupakan operasi sindiket,” tambahnya.

    “Avokado mempunyai nilai pasaran tinggi.”

    Berdepan dengan serbuan yang semakin kerap, pekebun telah melabur dengan banyak dalam pembinaan pagar dan anggota keselamatan persendirian.

    Pemetik buah bekerja di ladang avokado Afrupro di Tzaneen. – AFP
    Pemandangan umum ladang avokado Afrupro di Tzaneen. – AFP

    Edrian Ernst, pemilik Afrupo bergambar di tepi pagar elektrik yang mengelilingi dusun di ladang avokado di Tzaneen. – AFP

    Jacobs dan kumpulannya, dibantu oleh anjing, kini meronda lebih daripada 20 ladang avokado setiap malam, melengkapi lebih 150 pengawal yang mengendali dusun dengan berjalan kaki.

    Geng yang ditangkap diserahkan kepada polis.

    “Inilah tempat kami menahan sebuah bas mini yang penuh dengan avokado,” beritahu pengurus pengawal Manuel Malatjie, 28, menuding kepada tempat berlakunya serbuan baru-baru ini.

    “Kami berusaha sedaya upaya namun keadaan makin teruk,” katanya.

    Bunyi memangkas kedengaran tatkala pekerja memotong avokado yang tergantung tinggi dengan kayu pemetik, mengisi seberapa banyak beg mungkin sebelum tengah hari.

    Bulan Mac menandakan bermulanya musim memetik avokado di Afrika Selatan, dan merupakan masa kemuncak untuk kecurian.

    Pekebun Edrean Ernst, 40, meramalkan kerugian bernilai 250,000 rand dalam avokado yang dicuri tahun ini, meskipun menghabiskan berjuta rand ke atas pembinaan pagar dan mengupah anggota keselamatan.

    Dusun seluas 250 hektar yang menjadi milik ladang keluarga Allesbeste itu terletak di antara kawasan berbukit dikelilingi hutan hijau dan tanaman lain.

    “Disebabkan ia amat terpencil, polis atau syarikat keselamatan tidak dapat meronda kawasan besar secara berkesan,” beritahu Ersnt kepada AFP.

    “Ia memberikan peluang kepada penjenayah.”

    Allesbeste, yang mengeksport sekurang-kurangnya 1,500 tan avokado setahun, menjadi sasaran pencuri tidak kurang daripada 20 kali pada 2019 dan 2020.

    Dalam satu serbuan, sebuah trak yang penuh dengan pencuri boleh membawa satu tan avokado yang dikebas dari pokok  hasil yang akan mengambil masa lebih daripada 13 jam untuk dipetik oleh pekerja ladang.

    Operasi berskala lebih besar boleh menyambar sehingga 30 tan satu rompakan.

    Kebanyakan hasil yang dicuri adalah buah gred pertama dikhaskan untuk eksport, terutamanya ke Eropah, di mana ia boleh dijual kepada pemborong sehingga 10 euro setiap kilogram.

    Afrika Selatan adalah pengeksport keenam terbesar dunia untuk avokado pada 2019, menjual buah bernilai AS$70.66 juta, menurut angka perniagaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Mexico menduduki tempat pertama, dengan AS$2.78 bilion.

    “Ia merupakan operasi yang sukar,” kata Ernst.

    Keselamatan yang dipertingkatkan hanya mampu menghalang pencuri untuk beberapa bulan, tambahnya, di mana mereka mengubah taktik dan mencuri sekali lagi.

    Kekurangan anggota polis dan kos mengupah anggota keselamatan yang tinggi memberikan peluang kepada perompak.

    Allesbeste adalah salah satu ladang paling mewah di kawasan itu tetapi ia hanya mampu mendirikan pagar untuk separuh daripada ladang dan mengupah kurang daripada satu dozen pengawal peronda.

    “Disebabkan ia amat mahal untuk mengekalkan kos kepada minimum,” jelas Ernst.

    Ladang yang lebih kecil lebih mudah terdedah.

    “Beberapa lelaki datang dengan parang besar,” kata Phillip Mofokeng, pengurus dua dusun seluas 83 hektar dengan pokok-pokok tinggi lebat de-ngan buah.

    “Anda tidak dapat mengekalkan jumlah anggota keselamatan sesuka hati, anda tidak mempunyai belanjawan,” katanya.

    Beberapa ladang di kawasan itu terpaksa mengurangkan jumlah anggota keselamatan pada tahun lalu untuk mengganti kerugian yang dicetuskan oleh koronavirus, menambah lagi kebimbangan mengenai kelompok 2021.

    Ejen keselamatan bimbang kecurian, telah pun didorong oleh kemiskinan dan pengangguran sebelum pandemik, hanya akan bertambah buruk.

    Avokado dalam peti plastik disusun tinggi dalam gudang pasar keluaran segar di luar Tzaneen.

    Setiap kelompok dilabel teliti dengan kod bar mengaitkannya dengan ladang bekalan – salah satu langkah untuk mengesahkan hasil keluaran bukannya dicuri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/