Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hasnol masih terima rawatan di wad isolasi

    Tatkala sedang berdepan masalah kesihatan, penyanyi Hasnol kecewa apabila timbul cerita mengatakan dia sudah meninggal dunia.

    Hasnol atau Hasnol Hassan Ariff, 53, berkata, penyebaran berita tidak benar itu memberi kesan kepadanya apatah lagi ketika ini masih menerima rawatan di wad isolasi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang akibat jangkitan kuman dalam darah.

    “Saya dalam wad isolasi dan tidak boleh berjumpa orang. Apabila timbul cerita sebegitu memang kecewa dan sedih sehingga terfikir adakah saya betul-betul sudah mati dalam wad ini.

    “Rakan-rakan terdekat ada telefon tanya khabar dan bila dapat bercakap sendiri dengan saya mereka lega.

    “Ada juga cadangkan saya ambil tindakan namun bagi saya penyebaran berita tidak benar itu akan memakan diri mereka yang memulakannya… jadi saya biarkan saja,” katanya ketika dihubungi mStar hari ini.

    Hasnol dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Isnin lalu selepas seminggu mengalami demam berpanjangan.

    Selain jangkitan kuman, doktor turut memaklumkan buah pinggang dan hatinya dalam keadaan kurang baik.

    Penyanyi era 90an itu akan terus berada dalam pemantauan sehingga keadaannya betul-betul stabil sebelum dibenarkan pulang ke rumah. – Agensi

    Hasnol masih dalam pemantauan di wad isolasi. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda