Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hasrat Baim Wong bina pusat tahfiz hampir tercapai

    Hasrat pelakon Baim Wong membina sebuah pusat tahfiz semakin menjadi kenyataan apabila urusan mencari tanah wakaf di kampung halamannya di Purwakarta, Indonesia semakin selesai.

    Lebih membahagiakan, berita itu diterima pada ulang tahun kedua pernikahannya dengan Paula Verhoeven, Isnin lalu. Ujarnya lagi, niat ingin mendirikan pusat tahfiz berkenaan adalah salah satu cara membalas jasa arwah ibunya.

    “Saya sengaja cari tanah di Purwakarta supaya selalu ingat mama, mungkin dengan cara ni boleh bahagiakan mama. Doakan semoga dipermudahkan,” tulisnya.

    Baim berkongsi video tanah seluas enam hektar yang sudah 75 peratus hampir siap. “Alhamdulillah hari ni dapat berita gembira… Insya Allah tanah wakaf yang luas (3 hingga 6 hektar) yang sudah lama saya cari untuk dirikan pusat tahfiz dan juga menghafal Quran hasilnya sudah 75 peratus.

    Dia juga mengajak orang ramai memberi sumbangan ikhlas dan bersama-sama mendirikan pusat tahfiz tersebut. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda