Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hasrat beli sebuah televisyen untuk rumah anak yatim, Hayla

    Pelakon Wawa Zainal tumpang bangga apabila anak keduanya, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa menunjukkan sifat prihatin dan pemurah meskipun baharu berusia 10 tahun. 

    Kata Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 34, dia tersentuh apabila Hayla menyuarakan hasrat untuk menghadiahkan sebuah televisyen kepada rumah anak yatim. 

    Menurut laporan mStar, lebih istimewa lagi Hayla sanggup menggunakan wang tunai RM3,000 yang diterima daripada Wawa dan Aeril sempena sambutan ulang tahun kelahirannya untuk membeli televisyen tersebut. 

    Momen bangga seorang ibu, tak sangka Hayla kecil-kecil dah berjiwa besar, Wawa juga mendoakan Hayla membesar jadi anak yang baik. 

    Wawa berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.

    Dalam hantaran dibuat, Wawa turut berkongsi sebuah video memaparkan dia dan suami iaitu pelakon Aeril Zafrel menunaikan impian anaknya itu membeli sebuah televisyen untuk dihadiahkan kepada rumah anak yatim. 

    Kongsi Hayla, dia mahu membuat sumbangan itu selepas mengetahui penghuni rumah kebajikan itu berhasrat untuk memiliki televisyen.

    Tambahnya, dia bukan sahaja ingin menghadiahkan sebuah televisyen, namun mahu menggunakan baki wang yang ada untuk membeli makanan buat mereka. 

    “Saya gembira saja tetapi saya malu. Saya nak belikan anak-anak yatim TV sebab sebelum ini mereka kata nak TV”.

    “Saya rasa nak beri mereka TV yang paling besar, dan duit baki ini saya mahu belikan mereka makanan dan kek,” ujarnya. 

    Sebelum ini, Hayla menerima hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-10 daripada ibu bapanya iaitu wang tunai berjumlah RM3,000 serta sebuah kedai untuk perniagaannya. 

    Kata Hayla, wang yang diterimanya itu akan digunakan untuk membantu golongan memerlukan. – Agensi

    Hayla (kiri) menunaikan impian menghadiahkan televisyen kepada rumah anak yatim. -mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda