Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hasrat Bolt tercapai

    GOSFORD, Australia, 31 Ogos – Raja pecut dunia, Usain Bolt telah membuat penampilan pertama hari ini sekali gus mengujakan para peminat tetapi Bolt cepat keletihan dalam aksi selama 20 minit menyaksikan Central Coast Mariners membelasah skuad amatur 6-1 dalam perlawanan pemanasan badan pra musim.

    Bintang dari Jamaica itu, yang juga peminat tegar Manchester United, telah diberikan peluang untuk berlatih bersama skuad Australia bagi membuktikan bahawa beliau layak menerima kontrak profesional.

    Selepas menjalani beberapa sesi latihan sejak tiba minggu lepas, pelari pecut itu pada awalnya menyaksikan dari bangku simpanan tatkala skuad Mariners mula membuat pemilihan untuk pemain yang akan membarisi skuad Central Coast.

    Bolt tidak menunggu lama untuk beraksi apabila skuad Mariners membuka tirai jaringan 20 saat selepas sepak mula menerusi jaringan Jack Clisby.

    Central Coast Mariners berada di depan dengan jaringan 5-0 pada babak pertama dan juara Olimpik lapan kali itu dilihat menggunakan sarung tangan dan kelihatan santai, meskipun sebelum ini mengakui bahawa beliau gementar. Bolt yang menyarung jersi nombor 95 akhirnya membuat penampilan pertama selepas minit ke-71 sekali gus disambut dengan sorakan orang ramai dan bunga api. Beraksi di sayap kiri, beliau mula mengawal bola dan membuat beberapa larian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda