Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Hasrat FABD sertai AFF 2022

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JAN – Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD) telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) tahun ini di tengah-tengah harapan untuk memulakan bola sepak kompetitif di persada serantau.

    Badan induk bola sepak negara berkata bahawa penyertaan mereka akan tertakluk kepada keupayaan pasukan kebangsaan untuk berlatih dalam kondisi penuh dan kelulusan dari kerajaan Brunei Darussalam untuk pergi ke luar negara memandangkan keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

    Lima kejohanan utama yang FABD rancang untuk disertai ialah Kejohanan AFF Bawah 23 Tahun 2022 di Kemboja dari 14 hingga 26 Februari; Kejohanan Futsal AFF 2022 di Thailand dari 2 hingga 10 April; Kejohanan Kelab Futsal AFF di Thailand dari 22 hingga 28 Ogos; Kejohanan Lelaki Bawah 16 Tahun AFF 2022 di Indonesia dari 6 hingga 20 Ogos: dan Kejohanan Lelaki Bawah 19 Tahun AFF 2022 di Indonesia pada penghujung Ogos.

    FABD melihat perlawanan serantau ini sebagai platform penting untuk meningkatkan standard pasukan kebangsaan dan pemain bola sepak secara individu.

    Ia juga berharap pemain yang mengambil bahagian akan memanfaatkan peluang keemasan ini untuk mempelajari apa yang mereka perolehi daripada pengalaman dan menggunakannya bagi meningkatkan mutu bola sepak negara.

    Pasukan kebangsaan dan pasukan peringkat umur Brunei Darussalam tidak dapat menyertai mana-mana pertandingan AFF dalam beberapa tahun kebelakangan ini di tengah-tengah cabaran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.

    FABD berhasrat menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh AFF tahun ini untuk menjadikannya sebagai platform penting dalam meningkatkan standard pasukan kebangsaan dan secara individu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...