Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hasrat Pearly-Thinaah bawa pulang pingat tidak kesampaian

    PARIS, 4 OGOS – Hasrat beregu wanita Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah untuk menghadiahkan pingat pertama untuk Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian.

    Juara Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu tewas 11-21, 11-21 kepada pasangan nombor empat dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena.

    Pearly-Thinaah yang menduduki ranking ke-12 dunia, dilihat bergelut pada set pertama apabila strategi permainan mereka untuk menandingi beregu Jepun itu serba tidak menjadi.

    Beregu Malaysia meneruskan aksi goyah dengan kesilapan mudah pada set kedua, sekali gus menyaksikan Matsuyama-Shida mencatatkan kemenangan ke-10 menentang mereka.

    Pearly-Thinaah hanya pernah menang sekali ke atas gandingan Jepun itu iaitu ketika suku akhir Terbuka Perancis 2022 sebelum muncul juara kejohanan tersebut.

    Sebelum ini, Pearly-Thinaah mencipta sejarah sebagai beregu wanita pertama Malaysia mara ke separuh akhir Olimpik, namun tewas 12-21, 21-18, 15-21 dalam pertarungan sengit kepada beregu nombor satu dunia, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China.

    Matsuyama-Shida pula kalah 16-21, 19-21 kepada satu lagi pasangan China, Liu Sheng Shu-Tang Ning. – Bernama

    Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan sebak selepas tewas kepada beregu wanita Jepun, Nami Matsuyama dan Shiharu Shida bagi perebutan pingat gangsa acara badminton Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle pada 3 Ogos. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda