Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hassan Diab ketuai bentuk kerajaan baharu Lubnan

    BEIRUT, 22 JAN – Lubnan membentuk kerajaan baharu pada Selasa dengan Hassan Diab, yang terkenal mempunyai hubungan rapat dengan Hezbollah, menjadi perdana menteri, lapor agensi berita Anadolu.

    Ia susulan peletakan jawatan kerajaan terdahulu sejak tiga bulan lalu, di tengah-tengah protes besar-besaran di negara itu.

    Presiden Michel Aoun menerima kunjungan Diab dan Speaker Parlimen Nebih Berri di istana presiden.

    Lubnan dicengkam protes besar-besaran sejak Oktober tahun lepas. Negara yang dihuni enam juta penduduk itu berdepan masalah pengangguran yang tinggi, pertumbuhan ekonomi perlahan dan mempunyai nisbah hutang tertinggi di dunia, mencecah $86.2 bilion pada suku pertama 2019, menurut Kementerian Kewangan.

    Kekacauan itu memaksa Saad Hariri yang menjadi Perdana Menteri ketika itu mengundurkan diri, di tengah-tengah krisis ekonomi terburuk melanda negara sejak perang saudara 1975-1990. – Bernama

    Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab, berucap semasa sidang media selepas kerajaannya diumumkan, di istana presiden, di Baabda – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda