YANGON, 26 Okt – Tiga wartawan Myanmar yang dituduh menghasut dibenarkan untuk diikat jamin hari ini tetapi mesti meneruskan kes yang melibatkan orang terdekat pemimpin rakyat Aung San Suu Kyi.
Ketiga-tiga wartawan itu telah ditahan selama enam minggu selepas dua wartawan Reuters dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara pada September dalam kes berprofil tinggi yang mencetuskan provokasi seluruh dunia.
Bagi kes ini, artikel yang dikeluarkan awal bulan ini oleh Eleven Media menerima kritikan daripada pengurusan kewangan kerajaan Yangon yang dikendalikan oleh ketua menteri bandar itu, Phyo Min Thein dan sekutu rapat Suu Kyi.
Penyunting eksekutif Kyaw Zaw Lin dan Nayi Min dan ketua wartawan Phyo Wai Win yang menghabiskan masa selama dua minggu di penjara Insein, berpegang teguh kepada laporan tersebut, yang mana ia menimbulkan persoalan mengenai dana untuk rangkaian bas bandar itu. – AFP