Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Hatch panggil balik hampir 1 juta mesin bunyi anak damit

    NEW YORK, 9 JULAI – Disebabkan risiko renjatan elektrik, sebuah syarikat di California menarik balik hampir 1 juta penyesuai kuasa yang dijual dengan mesin bunyi yang dipasarkan untuk membantu anak damit dan kanak-kanak tidur.

    Plastik yang melindungi penyesuai kuasa AC yang dibekalkan dengan beberapa mesin bunyi generasi pertama, Rest dari syarikat Hatch boleh tertanggal apabila mengeluarkan produk tersebut daripada soket, menyebabkan pinnya terdedah, kata Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna (CPSC) Amerika Syarikat, meningkatkan risiko renjatan elektrik.

    Sebanyak 19 laporan telah diterima mengenai plastik yang melindungi penyesuai kuasa AC tercabut, termasuk dua kejadian pengguna terkena renjatan elektrik kecil, kata CPSC dalam notis penarikan balik baru-baru ini.

    Penarikan balik itu khusus untuk penyesuai kuasa yang dibekalkan oleh Jiangsu Chenyang Electron Co, kata Hatch dalam satu pengumuman syarikat, sambil menegaskan bahawa ia tidak lagi mendapatkan sumber daripada Jiangsu Chenyang untuk produknya.

    Hatch yang berpangkalan di Palo Alto, California juga menyatakan bahawa masalahnya hanya berpunca daripada penyesuai yang disertakan dengan mesin tidur, bukannya pada peranti itu sendiri. “Sebaik penyesuai kuasa gantian dikeluarkan, peranti generasi pertama Rest dari syarikat Hatch selamat untuk terus digunakan,” tulis syarikat itu. – AP

    Foto oleh CPSC Amerika Syarikat menunjukkan contoh penyesuai kuasa yang dijual dengan mesin bunyi Rest 1st Generation yang ditarik balik baru-baru ini. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...