Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Sebahagian jalan di Lebuh raya Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan ditutup sementara bermula 12 Ogos hingga 11 Oktober dari pukul 10 malam hingga 5 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.
Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya memaklumkan penutupan sementara sebahagian jalan lebuh raya itu adalah untuk membolehkan kerja-kerja pemotongan dan pencantasan pokok dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu, JKR menasihati orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.


