Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Hati-hati, kerja pemasangan di Jambatan SHOAS

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS), hala Kota Batu bermula BM6.1KM hingga BM2.2KM akan ditutup sementara bermula hari ini hingga 29 Mac jam 12 tengah malam.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan hari ini, penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan sensor weigh in motion (WIM) dapat dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu, pihak jabatan menasihatkan kepada orang ramai terutama para pengguna jambatan tersebut untuk menggunakan jalan lencongan melalui contraflow sejauh 3.9km yang disediakan di kawasan berkenaan.

Selain itu, pengguna jalan juga diingatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi, Putin puji era baharu hubungan

MOSCOW, 22 MAC - Pemimpin China dan Rusia memuji era baharu dalam hubungan mereka hari ini, mempamerkan perpaduan di Moscow ketika Vladimir Putin menuduh...
- Advertisment -