Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan berdekatan dengan Simpang 867, Jalan Kota Batu, Kampung Sungai Belukut mulai hari ini hingga 10 Januari.
Menurut JKR, penutupan dari pukul 8:30 pagi hingga 5 petang itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan kalbat dilaksanakan.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan memperlahankan kenderaan semasa melintasi kawasan berkenaan.