Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Separuh jalan di Lebuh raya Muara-Tutong, hala Muara akan ditutup sementara hari ini hingga 2 November bermula pukul 7 malam.
Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya memaklumkan penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja cerucuk bagi Projek Pembinaan Jejambat di Lebuh raya Muara-Tutong / Tapak Industri Tanjung Kajar.
Sehubungan dengan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.


