Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 APRIL – Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) adalah disarankan untuk berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan semasa kerja-kerja penyambungan kabel fiber optik di jambatan berkenaan yang dijalankan pada esok (8 April) bermula pukul 9 pagi hingga 5:30 petang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, menyatakan kerja-kerja berkenaan dilaksanakan di KM T10.5 hingga KM T9.5, hala Temburong.
Dalam hubungan itu, JKR turut menyatakan bahawa jalan lencongan telah disediakan kepada para pengguna jambatan tersebut.


