Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Hati, perasaan saya tak penting pun – Azhan

    Minggu lalu tular mengenai insiden membabitkan pelakon Fasha Sandha yang cedera di bahagian mata ketika menjalani penggambaran sebuah telefilem bersama pelakon Azhan Rani di Johor Bahru.

    Susulan insiden itu, Fasha dikejarkan ke hospital pakar di Johor Bahru dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital pakar di ibu kota.

    Terbaharu, Azhan tampil menjelaskan perkara sebenar selepas terdapat sebuah akhbar tempatan menulis tajuk yang seolah-olah menyalahkan dirinya.

    “Dah tajuk tulis macam itu aku nak cakap apa lagi.

    “Aku sendiri belum bagi apa-apa kenyataan. Buat masa ini, emosi aku, hati aku, perasaan aku tak penting pun,” luahnya.

    Tajuk akhbar undang salah faham, Azhan luah rasa kecewa. – Agensi

    Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini mengharapkan semua dapat mendoakan Fasha agar diberi kesembuhan dan reda dirinya menjadi sasaran warganet.

    “Aku cuma minta sama-sama kita jangan putus doa untuk dia. Moga kecederaan yang ditanggungnya semakin pulih dan kembali seperti dulu.

    “Yang dah jadi telah pun jadi. Macam aku katakan tempoh hari, le-paskan saja emosi kamu semua pada aku kalau itu boleh melegakan kamu semua tapi mohon sama-sama mendoakan untuk Fasha Sandha agar dia cepat sembuh.

    “Biarlah segala kenyataan itu nanti dijelaskan tuan punya badan terlebih dahulu. Berilah ruang pada dia untuk dapatkan rawatan terbaik terlebih dahulu,” jelasnya.

    Terdahulu, Azhan yang bergandingan bersama Fasha dalam melakonkan babak tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

    Malah, ramai juga yang menyalahkan Azhan atas apa yang berlaku kepada aktress jelita tersebut sehinggakan menyebabkan kecederaan.

    Tidak berdiam diri, Azhan tampil memberikan penjelasan mengenai insiden yang menimpanya Fasha selepas insiden tersebut terjadi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...