Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hatrik Adeyemi bantu Dortmund benam Celtic

    DORTMUND, 2 OKT – Karim Adeyemi meledak tiga gol pada separuh masa pertama ketika Borussia Dortmund membelasah Celtic 7-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di laman sendiri, awal pagi tadi.

    Celtic, yang menuju ke perlawanan itu dengan rekod 100 peratus kemenangan dalam saingan domestik dan Eropah musim ini, tidak mampu menyaingi kehebatan Dortmund.

    Pasukan Jerman itu mendahului 5-1 pada separuh masa pertama.

    Emre Can membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti, diikuti Adeyemi yang menjaringkan tiga gol serta memenangi satu lagi sepakan penalti, yang disempurnakan oleh Serhou Guirassy.

    Adeyemi menjadi ancaman utama sepanjang perlawanan, sering kali membuat pertahanan Celtic keliru dengan pergerakannya di seluruh padang.

    Penyerang Jerman itu dikeluarkan tiga minit selepas separuh masa kedua bermula, namun Guirassy berjaya menjaringkan gol solo yang cemerlang sebelum Felix Nmecha menambah satu lagi gol pada lewat perlawanan.

    Keputusan perlawanan itu menyamai rekod kemenangan terbesar Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara.

    Ia sekali gus memusnahkan harapan Celtic untuk mencipta impak di pentas Eropah. – AFP

    Aksi Adeyemi ketika menanduk bola semasa perlawanan Bundesliga Jerman di Dortmund, Jerman, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda