Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hatrik Dybala benam Genoa

    MILAN, 27 Ogos – Penyerang Argentina, Paulo Dybala mencipta hatrik ketika Juvetus bangkit daripada ketinggalan dua gol selepas permulaan hambar untuk menang 4-2 di Genoa dalam persaingan Serie A awal pagi tadi.

    Dengan keyakinan tinggi selepas kemenangan mengejut 3-1 di gelanggang sendiri ke atas juara Itali itu, Genoa kelihatan dalam laluan untuk membuat kejutan sekali lagi selelaps Gianluigi Buffon dibolosi sebanyak dua kali di awal perlawanan.

    Tidak lama selepas sepak mula, Stadium Luigi Ferraris bergegar apabila Goran Pandev melepasi Alex Sandro, membuat hantaran ke petak dan menyaksikan hantarannya itu terkena kaki Miralem Pjanic dan masuk ke gawang Juve.

    Paulo Dybala meraikan jaringannya ke atas Genoa dalam persaingan La Liga antara Genoa dan Juventus. – AP

    Bagi dua perlawanan liga berturut-turut, Juve memberikan penalti kepada Genoa setelah satu keputusan melalui video bantuan pengadil (VAR) selepas pertahanan Daniele Rugani menendang kaki Andrej Galabinov.

    Meskipun Galabinov kelihatan ofsaid, pengadil meminta bantuan teknologi VAR untuk menghadiahkan penalti, yang disudahi oleh Galabinov.

    Bagaimanapun, Juve, enggan mengalah. Pjanic menebus kesilapan awalnya dengan larian ke dalam petak dan membuat hantaran kepada Dybala yang menewaskan penjaga gol Genoa, Mattia Perin dari jarak dekat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda