Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hatrik Fereira julang kemenangan AS

    MIAMI, 29 JUN – Jesus Ferreira menjaringkan hatrik ketika Amerika Syarikat (AS) berjaya menundukkan St. Kitts dan Nevis 6-0 dalam Piala Emas CONCACAF semalam manakala saingan Kumpulan A, Jamaica menewaskan Trinidad dan Tobago 4-1 dengan Demarai Gray menjaringkan dua gol.

    Pasukan pulau Caribbean, yang bermain di kejohanan Utara, Amerika Tengah dan Caribbean buat pertama kali, menyaksikan harapan untuk mengecewakan Amerika gagal apabila mereka terlebih dahulu ketinggalan 3-0 hanya dalam masa 16 minit.

    Pemain tengah, Djordje Mihailovic memulakan kekalahan pada minit ke-12 apabila dia menjaringkan gol ke gawang sendiri selepas menerima umpan pantas daripada Gianluca Busio.

    Manakala Bryan Reynolds turut menyumbang gol dengan sepakan hebat dari jarak 20 ela, menjadikan jaringan 2-0 bagi pasukan AS.

    Ferreira menambah jaringan gol dua minit kemudian, menembusi bahagian tengah, kemudian melakukan rembatan rendah ke sudut jauh.

    Aksi Jesus Ferreira pada separuh masa kedua perlawanan Peringkat Kumpulan Piala Emas Concacaf di Soldier Field pada 24 Jun di Chicago, Illinois. – AFP

    Walaupun pasukan AS terus menguasai perlawanan, Tyquan Terrell hampir berjaya menjaringkan gol balas bagi pasukan St. Kitts dengan sepakan voli yang melintasi tepat di atas gawang.

    Penjaga gol St. Kitts, Julani Archibald, tidak berdaya menghadapi ketiga-tiga gol tersebut, tetapi dia mempamerkan kemahirannya dengan menghalang sepakan kuat daripada Ferreira.

    Namun, pada minit ke-25, Ferreira berjaya mengelak perangkap offside dan melepaskan sepakan melalui kaki penjaga gol untuk menambah jaringan 4-0.

    Ferreira menyempurnakan hatrik apabila menerima umpan daripada Mihailovic dan dengan bijak mencipta ruang untuk menghasilkan gol klinikal.

    Mihailovic sendiri turut menjaringkan gol kedua, menjadikan skor 6-0 bagi pasukan AS, dengan pertahanan pasukan lawan yang kelam kabut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda