Saturday, February 8, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hatrik Kurzawa bantu PSG benam Anderlecht

    PARIS, 1 Nov – Layvin Kurzawa mencuri tumpuan daripada Neymar dan rakan sepasukannya yang lain apabila dia berjalan keluar dengan membawa bola selepas mencipta hatrik separuh masa kedua dalam kemenangan 5-0 dalam aksi Liga Juara-Juara ke atas Anderlecht awal pagi tadi.

    Kurzawa, bek kiri, telah menjaringkan tiga gol dalam tempoh 26 minit selepas rehat di Parc des Princes, menyaksikan PSG mendominasi perlawanan selepas jaringan awal Marco Verratti dan Neymar.

    Kemenangan besar keempat dalam banyak perlawanan di kejohanan itu, digabungkan dengan kemenangan 2-1 Bayern Munich ke atas Celtic, membolehkan gergasi Perancis berbelanja besar itu memastikan kelayakan mereka dari Kumpulan B dengan berbaki dua perlawanan.

    Pemain bek pertahanan berusia 25 tahun itu hanya menjaringkan satu gol musim ini dan tidak pernah menemui sasaran dalam Liga Juara-Juara.

    Dan bekas pemain Monaco itu hanya pemain kedua PSG untuk menjaringkan hatrik dalam kejohanan itu, selepas Zlatan Ibrahimovic, yang menjaringkan empat gol dalam perlawanan menentang Anderlecht 2013.

    Bek kanan PSG, Kurzawa (tengah) ketika menjaringkan gol ketiga pasukannya dalam aksi Kumpulan B Liga Juara-Juara menentang Anderlecht di Parc des Princes. – AP

    “Semua orang gembira malam ini, kami menang 5-0 dan bermain dengan sangat baik di depan penyokong sendiri. Kami perlu meneruskan begini,” kata Kurzawa.

    Selain kejarangan pemain pertahanan menjaringkan tiga gol dalam satu perlawanan, penyokong PSG yang memenuhi stadium juga menikmati gol yang jarang hadir dari Verratti dan kurangnya percubaan dari Neymar.

    Pemain termahal dunia itu menjaringkan gol menarik sebelum rehat dan kini sudah menjaringkan 11 gol dalam 12 penampilan bagi kelab Perancis itu sejak tiba dari Barcelona.

    PSG sudah menjaringkan 17 gol dan masih tanpa bolos dalam kejohanan itu setakat ini, dan mara ke peringkat kalah mati buat enam musim berturut-turut dalam usaha mereka memadamkan memori kekalahan memalukan kepada Barcelona dalam peringkat 16 terakhir musim lepas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda