LYON, 5 MAC – Kylian Mbappe menjaringkan hatrik ketika Paris Saint-Germain berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Perancis dengan kemenangan bergaya membelasah Lyon 5-1 semalam.
Pemenang Piala Dunia, Mbappe menyamakan kedudukan untuk pasukannya dengan jaringan mudah hanya tiga minit dan Martin Terrier memberi harapan dengan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-11.
Pemain berusia 21 tahun itu sekali lagi menjadi pemain penting untuk PSG apabila menjaringkan gol pada minit ke-64 dari percubaan jarak dekat.
Mbappe yang mengawal bola dari sebelah kiri melepasi pertahanan Lyon dengan mudah apabila membolosi dua pemain pertahanan Lyon melalui hantaran lintang Edinson Cavani, sebelum penyerang Uruguay itu melakukan percubaan namun tersasar.
Neymar juga mencipta jaringan gol menerusi sepakan penalti selepas keputusan bola terkena tangan pemain Lyon oleh VAR, manakala Marcal terpaksa meninggalkan padang selepas dilayangkan kad merah.
Mbappe kemudian memastikan membawa pasukannya ke Stade de France bulan depan dengan usaha solo yang luar biasa dalam masa 20 minit sebelum tamat perlawanan, melepasi Bruno Guimaraes dan Marcelo sebelum menewaskan Anthony Lopes dengan jaringan cantik.
Pablo Sarabia menambah jaringan keempat PSG dan Mbappe menyempurnakan hatrik pada minit-minit akhir perlawanan melalui hantaran Neymar, pemain bolasepak paling mahal di dunia.
Saint-Etienne dan Rennes akan bertemu pada perlawanan separuh akhir pusingan kedua hari ini. – AFP
