Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hatrik Messi bantu Inter mara ke playoff

    MIAMI, 19 OKT – Lionel Messi sekali lagi mencuri tumpuan apabila menjaringkan hatrik sensasi bagi menamatkan musim Golden Boot Major League Soccer kelmarin ketika Inter Miami mara ke playoff dengan kemenangan 5-2 ke atas Nashville SC.

    Bintang Argentina itu setakat ini telah berjaya mengumpul 29 gol daripada 28 perlawanan, manakala Denis Bouanga dari Los Angeles FC dan Sam Surridge dari Nashville berkongsi tempat kedua dengan masing-masing mengumpul 24 gol.

    Messi meraih Golden Boot MLS pertamanya dan juga menegaskan peluangnya untuk untuk memenangi Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) kedua berturut-turut melalui prestasi cemerlang yang menyaksikan Inter bangkit untuk menamatkan musim di tempat ketiga Eastern Conference.

    Mereka akan berdepan pasukan yang sama, Nashville, pada pusingan pertama playoff Piala MLS bermula 24 Oktober.

    Nashville mempunyai beberapa peluang berkualiti, namun gagal disempurnakan sebelum Messi meletakkan Miami di hadapan pada minit ke-34 dengan gol hebat dari luar kotak penalti.

    Messi menerima hantaran daripada Jordi Alba, melakukan satu gerakan sebelum melepaskan rembatan deras ke penjuru kiri bawah.

    Sembilan minit kemudian, Surridge menyamakan kedudukan untuk Nashville menerusi tandukan hasil umpanan tepat Hany Mukhtar.

    Nashville kemudian mendahului 2-1 pada masa kecederaan babak pertama apabila Jacob Shaffelburg menyambar bola muntah selepas percubaan sepakan Mukhtar terkena tiang. – AFP

    Lionel Messi sekali lagi mencuri tumpuan apabila meledak hatrik sensasi untuk membantu Inter Miami menewaskan Nashville SC 5-2, sekali gus mengesahkan tempat ke playoff Major League Soccer, kelmarin. – AFP
    Lionel Messi (kanan) semasa perlawanan MLS di GEODIS Park, Nashville, Tennessee pada 18 Oktober. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda