MILAN, 15 JULAI – Mario Pasalic menjaringkan hatrik ketika Atalanta menewaskan musuh tradisi mereka Brescia dengan membelasah 6-2, sekali gus merampas kedudukan tempat kedua di Serie A pada perlawanan semalam.
Pasukan Gian Piero Gasperini melanjutkan perlawanan tanpa kalah mereka di liga yang ke-13 serta melonjak enam mata berada di belakang pendahulu liga Juventus yang akan menentang Sassuolo yang berada di tangga kelapan esok.
Inter Milan dan Lazio kini ketinggalan dua mata di belakang Atalanta sebelum masing-masing kembali beraksi menentang SPAL dan Udinese pada hujung minggu ini.
Perlawanan antara Atalanta dan Brescia yang berada di tangga ke-19 adalah di antara dua pasukan jiran dari bandar-bandar yang dilanda teruk oleh wabak COVID-19.
Penghormatan selama seminit dilakukan sebelum perlawanan dimulakan dengan pemain membuat bulatan di tengah padang.

Penjaring terbanyak Atalanta, Luis Muriel yang telah menjaringkan sebanyak 17 gol di liga musim ini, hanya menyaksikan perlawanan di bangku simpanan setelah mengalami kecederaan di kepala ketika beliau terjatuh di rumahnya.
Pasalic Kroasia membuka jaringan awal dalam masa dua minit setelah perlawanan bermula di Stadium Gewiss menerusi hantara Ruslan Malinovskyi.
Tetapi Brescia kembali menyamakan kedudukan beberapa minit kemudian menerusi jaringan Ernesto Torregrossa.
Pasukan tuan rumah terus membuat serangan demi serangan dan menemukan empat gol selepas setengah jam perlawanan yang djaringkan oleh Marten De Roon, Malinovskyi dan tandukan Duvan Zapata.
Pada separuh masa kedua, Malinovskyi sekali lagi membuat hantaran kepada Pasalic untuk jaringan keduanya di minit ke-55 perlawanan.
Pemain dari Croatia itu menambah gol ketiganya tiga minit kemudian menerusi hantaran lintang Ebrima Colley dan merupakan gol kesembilannya musim ini. – AFP