Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hatrik Rooney ikat Red Bulls

    WASHINGTON, 17 Sept – Penyerang dari England, Bradley Wright-Phillips meledakkan hatrik buat New York Red Bulls, termasuk gol lewat pada minit ke-90 untuk bangkit mengikat DC United, 3-3, semalam.

    Ia merupakan hatrik kelima Wright-Phillips sepanjang beraksi dalam kempen Major League Soccer (MLS), namun ia tidak memadai untuk membawa Red Bulls memintas Atlanta United di puncak Eastern Conference.

    Bekas pemain skuad England dan Manchester United, Wayne Rooney menjaringkan gol kelimanya musim ini untuk skuad ibu negara Amerika Syarikat itu.

    Red Bulls kekal ketinggalan satu mata di belakang Atlanta dalam memburu rekod terbaik dalam MLS, pertarungan yang bakal menyaksikan pertemuan antar kedua-dua pasukan itu dalam dua minggu akan datang.

    Sementara itu, United masih ketinggalan empat mata di belakang Montreal di tangga keenam dalam usaha terakhir untuk merebut slot final playoff, dengan baki satu perlawanan.

    Tuan rumah, yang tiga kali mendahului perlawanan namun Wright-Philips selaku bekas penyerang Manchester City dan Southampton telah berhasil menyamakan kedudukan.

    Paul Arriola membuka gol pembukaan pada minit ke-25 tetapi Wright-Phillips menyamakan kedudukan Red Bullls empat minit sebelum separuh masa pertama berakhir.

    Pada minit ke-46, Rooney kembali meletakkan United, namun Wright-Phillips sekali lagi menjaringkan gol 12 minit kemudian, sebelum pemain Inggeris itu membalas sekali lagi jaringan Luciano Acosta pada minit ke-89 bagi gol ke-19 musim ini untuk memastikan keputusan seri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda