KUALA LUMPUR, 9 DIS – Aksi cemerlang pemain sayap Muhammad Safawi Rasid yang meledak hatrik berjaya membantu Malaysia membelasah Laos 4-0 untuk melakar kemenangan kedua berturut-turut dalam Kumpulan B Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura hari ini. Pujian harus diberikan kepada Ketua Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe apabila tindakannya yang merombak bahagian tengah dan