Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Suandi Jamal mencipta hatrik dalam kemenangan 4-1 T.J FT ke atas I.V FT dalam Persaingan Kejohanan Bola Sepak Veteran Brunei Darussalam DST 2017, yang berlangsung di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya, Berakas.
Suandi Jamal melengkapkan hatriknya pada minit ke-86 selepas menjaringkan dua gol lebih awal iaitu pada minit ke-18 dan25, sementara satu lagi jaringan T.J FT dijaringkan oleh Jaafar Haji Sulaiman, manakala gol sagu hati Pasukan I.V FT pula dihasilkan oleh Azreenari Haji Omar.
Di Kompleks Sukan Sungai Kebun pula menyaksikan Pasukan Al-Idrus FT menang selesa 5-2 ke atas Pasukan Stoneville. Gol-gol Al-Idrus FT dijaringkan oleh Hairudin Abdullah, Shahruni Haji Bungsu, Sabtu Sitai (gol sendiri) dan Shahrulrizal Abdul Rahman. Manakala dua gol Stoneville diperolehi oleh Samin Duraman.
Dalam perkembangan di Kompleks Sukan Seria/Arena pula, Pasukan KB Warriors juga menang besar ke atas Pasukan BESA FC dengan keputusan akhir 6-2. Dan Pondok 12 terpaksa akur setelah tewas 4-0 kepada Pasukan RB Veteran di Kelab Rekreasi Diraja Brunei, Berakas.