Penyanyi lagu Biso Bonar, Datuk Hattan, 56, berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan berikutan injap jantung tersumbat di sebuah pusat perubatan di ibu kota, baru-baru ini. Memuat naik status menerusi laman Facebook, Hattan memaklumkan dirinya berada dalam terkawal selepas tiga hari menerima rawatan. Isterinya, Datin Arianie Mohd Abidin mengesahkan, keadaan kesihatan suaminya stabil dan