Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Havana memasuki usia 500 tahun

    CUBA – Setelah setengah abad sejak penubuhannya oleh penjajah Sepanyol, ibu kota Cuba, Havana telah menjadi simbolik romantik bagi Amerika Latin dan resolusi nostalgia.

    Bandar raya ini telah meraikan sambutan hari ulang tahun ke-500 pada 16 November lalu dan media AFP telah menemu bual penduduk tempatan yang menggambarkan kehidupan mereka sebagai sejarah dan perubahan terkini.

    1959 Chevy

    Yosbel Sosa, 33, seorang pemandu kenderaan Chevrolet Impala hitam yang dipanggilnya ‘mesin masa’, memiliki kerusi berwarna merah dan putih, bertarikh 1959 – tahun pemerintahan revolusi Fidel Castro.

    Dengan kenderaan itu, dia memandu pelancong ke seluruh tapak bandar bersejarah seperti kubah di Capitol, rumah-rumah penjajah, bangunan-bangunan seni dan persiaran pinggir laut Malecon yang indah. “Ia membantu untuk memiliki kereta lama,” katanya. “Pelancong mahu melawat bahagian bandar lama itu dan belajar sejarah mengenai apa yang berlaku 500 tahun dahulu.” Yosbel belajar undang-undang tetapi memilih untuk bekerja di sektor pelancongan, di mana ia boleh memperoleh lebih AS$50 sebulan dibandingkan dengan gaji pekerja kerajaan. Pulau itu menerima 4.75 juta pelancong pada tahun lepas.

    Memori nelayan

    Roberto Molina merupakan salah seorang penduduk tempatan di Melecon dan berumur 69 tahun. Dia telah menghabiskan hampir separuh hidupnya untuk memancing, menghadapi pukulan cuaca, menelusuri lautan setiap hari dari rumahnya yang terletak sejauh seratus meter.

    Bandar raya ini telah meraikan sambutan hari ulang tahun ke-500 pada 16 November lalu. – AFP
    Yosbel belajar undang-undang tetapi memilih untuk bekerja di sektor pelancongan, di mana ia boleh memperoleh lebih AS$50 sebulan dibandingkan dengan gaji pekerja kerajaan. – AFP

    Beratus-ratus nelayan yang senasib dengannya seperti Molina menangkap hasil yang memakan kail mereka untuk dimakan atau menjualnya ke restoran-restoran swasta.

    “Banyak ikan di Havan, katanya. Tetapi awak perlu menjadi yang pertama untuk menangkap ikan.”

    Pada tahun 1994, puluhan ribu orang dibawa ke laut dari teluk menggunakan rakit, cuba melarikan diri daripada krisis ekonomi yang berpunca daripada kejatuhan sekutu Cuba di Kesatuan Soviet. Orang ramai berkumpul di Malecon untuk membuat bantahan, imbas Molina.”

    Kemudian dia ikut serta,” katanya sambil membuat aksi bentuk jangut di dagunya merujuk kepada Fidel Castro.

    Artis jalanan

    Beatriz Estevez, 29, berputus asa dengan pengajian undang-undang dan beralih kepada seni. Pembaharuan dalam tahun ini sejak Fidel Castro melangkah keluar pada 2008 telah memudahkan penduduk Cuba untuk bekerja sendiri. Beatriz, membuat kraf tangan dan berpakaian seperti peri perak dalam kesibukan Calle Obispo, di lorong kedai-kedai dan restoran-restoran, di mana pelancong memberi wang syiling bagi mengambil gambar dengannya.

    “Ayah saya menjerit apabila dia mendengar keputusan saya, katanya. “Tetapi kemudian dia berkata, anakku, awak mencari pendapatan di siang hari dan memberi saya makan. Saya tidak boleh membantah.” Bapa Beatriz adalah seorang jurutera tentera laut.

    Di penghujung hari dia mengambil perahu bagi menyeberangi teluk untuk pulang ke rumahnya di Regla.

    Jirannya berkata “Penduduk Regla lebih harmoni dan santai,” katanya. “Semua orang mengenali sesamanya. Kebanyakan warga di situ duduk di pintu-pintu rumah mereka.”

    Longevity

    Doktor Alina Gonzalez tidak memiliki kereta, dan sekatan minyak baru-baru ini telah menjadikan rangkaian pengangkutan awam lebih sukar. Jadi doktor geriatrik berusia 57 tahun ini berjalan sepanjang dua kilometer (1.2 batu) ke tempat kerjanya di pusat pengajian Longevity.

    “Kita doktor kepada orang ramai. Kita orang Cuba biasa dan membantu para pesakit yang berhubung dengan kami,” dia berkata. “Masalah yang mereka hadapi sama seperti masalah kami.”

    Sejak 1962, sekatan AS telah menjadikan kehidupan seharian di Cuba sukar.

    Komplikasi semakin meningkat sejak beberapa bulan selepas AS mengetatkan sekatan perdagangan. Alina merawat sebahagian 2,000 orang warga Cuba. 11.2 juta penduduk pulau itu mempunyai jangka hayat purata 79.5 tahun – setanding dengan dunia kaya.

    Alina telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Tujuh tahun lalu didiagnosis dengan kanser payudara. Dia menjalani rawatan dan selamat. Dia berkata dia mempunyai perasaan untuk terus menikmati Havana, “Berjalan melalui taman-taman indah sepanjang Malecon untuk meneruskan hidup pada tempoh yang lama lagi,” kata-nya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda