Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Havertz akhiri kemarau gol Arsenal

    LONDON, 26 NOV – Mikel Arteta memuji prestasi Kai Havertz selepas pemain Jerman itu membawa Arsenal ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi jaringan lewat yang mengesahkan kemenangan 1-0 di Brentford, awal pagi tadi.

    Havertz ialah wira Liga Juara-Juara 2021 untuk Chelsea tetapi dia berdepan detik sukar sejak menyertai Arsenal pada akhir musim.

    Pemain tengah berusia 24 tahun itu akhirnya memberikan bayangan tentang mengapa Arteta sanggup membelanjakan AS$80 juta untuk menandatanganinya apabila dia membuktikan kemampuannya setelah menanduk masuk gol kemenangan pada minit-minit terakhir.

    Jaringan kedua Havertz untuk Arsenal itu merupakan yang pertama dalam 10 aksi terakhirnya sekali gus memberikan Gunners satu mata di depan Manchester City yang terikat 1-1 dengan pasukan di tangga ketiga Liverpool semalam.

    “Itulah perkara yang indah tentang kehidupan. Apabila awda mempunyai cabaran dan awda perlu mengatasinya, ia menjadikan detik ini lebih baik,” kata Arteta.

    “Kita boleh lihat reaksi penyokong terhadap Havertz hari ini. Dia memang berhak lebih daripada sesiapapun untuk meraih kemenangan itu,” tambahnya.

    Kemenangan ketiga berturut-turut Arsenal dalam semua pertandingan membuktikan mereka telah memadamkan rasa pahit kekalahan kontroversi VAR mereka di Newcastle awal November lalu.

    Skuad Arteta sebelum ini menang di Stadium Komuniti Gtech dalam aksi Piala Liga pada September sebelu mencatat satu lagi kemenangan menerusi kunjungan lewat di barat London.

    “Saya sukakan kemenangan dan kami kini di puncak liga. Ini kedudukan yang kami mahukan,” kata Arteta. – AFP

    Havertz beraksi semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di stadium Komuniti Gtech di London, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda