Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hawa FC juara Liga Bola Sepak Belait 2022

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 28 NOV – Liga Bola Sepak Belait 2022 akhirnya melabuhkan tirainya setelah Hawa FC diangkat sebagai juara liga selepas berjaya mengalahkan Mengelella FT 5-0, di Arena Bola Sepak Seria, kelmarin.

    Sehari sebelum itu, Hoist FT menewaskan Nusantara FT 2-0 dalam liga yang disertai oleh lapan pasukan.

    Hadir bagi menyaksikan perlawanan final liga bola sepak tahunan itu ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Belait (PBDB), Pengiran Saiful Redzali bin Pengiran Jaya Indera Pengiran Haji Mokhtar Putih dan Timbalan Presiden, Morni bin Haji Zakaria serta ahli-ahli jawatankuasa.

    Trofi masing-masing telah dihadiahkan kepada Hawa FC, HR FT dan Nelayan FT yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga.

    Anugerah Permainan Adil telah diberikan kepada Akhdan ST, manakala Anugerah Penjaring Terbanyak telah dimenangi oleh pemain Hawa FC dengan jersi nombor sembilan, Abdul Halim bin Shawaludin, yang menjaringkan 10 gol di sepanjang tujuh perlawanan yang disertainya.

    Pengiran Saiful Redzali bergambar ramai bersama juara Liga Bola Sepak Belait 2022, Hawa FC.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda