Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Hawa korban kerjaya demi sarjana

    Terpaksa mengorbankan kerjaya dan hampir berputus asa mahu menamatkan pengajian antara cabaran terbesar dihadapi pengacara, Hawa Rizwana Redzuan, 27, demi menggenggam segulung sarjana.

    Ternyata segala pengorbanan dilakukan Hawa berbaloi apabila berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dengan mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.78 pada Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95, Ahad lalu.

    Dalam nada teruja, gadis kelahiran Illinois, Amerika Syarikat yang memiliki wajah seiras Neelofa itu menyifatkan kejayaan beroleh ijazah sarjana adalah detik paling membahagiakan dalam hidup.

    “Alhamdulillah, saya lega apabila dapat menamatkan pengajian empat semester tepat pada masanya walaupun berdepan pelbagai kesukaran.

    “Tipulah kalau saya kata tak pernah berputus asa apabila berdepan pelbagai kekangan. Mujur pensyarah dan rakan sekuliah banyak membantu serta memberi sokongan.

    Hawa berhasrat menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah. – Agensi

    “Saya adalah pelajar separuh masa dan kelas hanya tiga kali seminggu bermula jam 6 petang selama tiga jam. Ketika itu, saya sudah bergelar wartawan penyiaran.

    “Bagaimanapun, saya nekad berhenti kerja dan fokus pada pengajian disebabkan tugasan banyak pada waktu malam, itu pun selepas berfikir panjang. Saya juga tidak mahu menyusahkan rakan setugas lain.

    “Saya bersyukur pengorbanan dilakukan berbaloi dengan mendapat keputusan cemerlang,” katanya kepada BH Online. Mengulas keputusan menyambung pengajian pada peringkat sarjana walaupun sudah mempunyai kerjaya tetap, pengacara program MeleTop ini berkata, apa yang dilakukan sebagai jaminan masa depan.

    “Niat asal hendak sambung pengajian ke peringkat sarjana kerana mahu menjadi pensyarah. Manalah tahu ada rezeki dalam bidang ini.

    “Lagipun, ibu bapa sangat menggalakkan saya untuk menyambung pengajian, memandangkan saya tidak mempunyai komitmen lain dan masih bujang.

    “Namun mereka tidak sampai memaksa saya. Semuanya dilakukan atas minat dan kerelaan sendiri.

    “Bagaimanapun, rezeki ke arah penga-caraan hadir tanpa disangka. Walaupun hilang kerja, Tuhan beri rezeki lain de-ngan menjadi pengacara Wanita Hari Ini dan Hello Doktor,” cerita Hawa.

    Ditanya apakah bakal menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD), bekas penyampai berita itu berkata, keinginan ada, namun bukan pada waktu terdekat.

    “Hasrat menyambung pengajian tetap ada, tetapi buat masa ini biar saya fokus kepada kerjaya pengacaraan. Mungkin apabila keadaan sudah stabil, baru saya memikirkannya,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...