Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hawa Rizwana kecewa videonya disunting jadi tak senonoh

    Pengacara Hawa Rizwana meluahkan rasa kecewa apabila video dirinya ketika menyertai acara Redline Fitness Games pada 27 Julai lalu disunting sehingga kelihatan seolah-olah melakukan perkara tidak senonoh.

    Lebih mengecewakan, Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 30, berkata video tersebut turut dirakam dan dimuat naik ke media sosial tanpa kebenarannya.

    “Baru-baru ini saya ada sertai aktiviti sukan, saja cari pengalaman baru sebab selama ini saya hanya berlari saja. Tapi kali ini rakan-rakan ajak sertai aktiviti yang perlukan kekuatan.

    “Tapi saya rasa tidak seronok apabila kehadiran saya di acara itu dirakam dan disunting hingga menjatuhkan maruah saya sebagai wanita.

    “Saya tak tengok video itu pun tapi dapat info daripada kenalan. Saya tak kisah nak muat naik video saya tapi janganlah sampai tak menghormati orang lain,” katanya kepada mStar.

    Menurutnya, video tersebut menyebabkan orang ramai memberi tanggapan negatif sekali gus mencemarkan nama baiknya sebagai wanita bertudung. Tambahnya, tindakan itu juga disifatkan satu bentuk gangguan seksual.

    “Video itu buat orang pandang serong kepada saya dan ia tindakan tidak beretika. Saya okay kalau dia rakam dalam keadaan saya tengah bersedia.

    “Tindakannya itu adalah satu gangguan seksual sebab keadaan sebenar saya ketika itu sedang gemuruh,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Hawa memberitahu dia tidak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan kerana video tersebut sudah dipadam.

    “Setiap perkara ada batasnya. Kalau sudah melampaui batas saya akan ambil tindakan undang-undang tapi isu ini saya masih boleh bertolak ansur lagi “Saya anggap video itu hanya gurauan jadi saya tak ambil apa-apa tindakan,” ujarnya. – Agensi

    Hawa akan ambil tindakan kalau perkara itu melampau. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda