Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

HAWANA 2023 diharap dapat libat media dari ASEAN

KUALA LUMPUR, 15 MAC – Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, yang dijadualkan pada 27 hingga 29 Mei ini di Ipoh, Perak diharap dapat melibatkan penyertaan daripada agensi serta pengamal media dari rantau ASEAN.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata perkara itu adalah sebagai simbolik dalam mengusahakan Komuniti Ekonomi ASEAN, selain dapat mengerat silaturahim serta semangat muhibah sesama negara dari rantau itu.

“Kita perlu lebih saling kenal-mengenal sesama kita dan mula menonjolkan berita yang berlaku di negara masing-masing tetapi dalam suasana yang muhibah dan mengukuhkan ASEAN itu sendiri.

“Jadi saya harap itu akan dapat kita terjemahkan bila kita lakukan atau kita laksanakan program HAWANA 2023 nanti,” katanya selepas mengadakan perjumpaan bersama wakil agensi media tempatan, malam tadi. – Bernama

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika ditemu bual sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -