Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hawija bebas sepenuhnya dari IS

    BAGHDAD, 11 Oktober – Pasukan keselamatan Iraq pada hari Selasa sepenuhnya membebaskan kawasan Hawijah dari militan Islamic State (IS) di barat bandar yang kaya dengan minyak, Kirkuk, kata tentera Iraq.

    Tentera Irak, Perkhidmatan Kaunter Keganasan (CTS), polis persekutuan, komando kementerian dalam negeri, yang dikenali sebagai ‘Rapid Response’, dan pasukan paramilitar Hashd Shaabi, mengakhiri tugas mereka dalam pembebasan kawasan Hawijah daripada militan IS, Lt Gen Abdul Amir Yarallah, Panglima Operasi Hawijah, dalam satu kenyataan ringkas.

    Pada hari Khamis, Yarallah mengumumkan pembebasan kota Hawijah, kira-kira 45 km barat Kirkuk, tetapi tentera masih maju ke hadapan di luar bandar untuk memburu ekstremis dan merampas kembali kawasan

    luar bandar yang dikenali sebagai kawasan persembunyian Hawijah.

    Pertempuran di kawasan tersebut berakhir dengan cepat, menunjukkan bahawa kumpulan pelampau telah mengalami penurunan dramatik dalam keupayaannya, menurut pegawai tentera.

    Gambar fail pada 3 Oktober 2017 menunjukkan wanita dan kanak-kanak dari Hawija duduk di luar pusat pemeriksaan Kurdi di Dibis, Iraq. Pasukan keselamatan Iraq pada hari Selasa sepenuhnya membebaskan kawasan Hawijah dari militan Islamic State (IS) di barat bandar yang kaya dengan minyak, Kirkuk, kata tentera Iraq. – AP

    Pertempuran di Hawijah adalah sebahagian daripada serangan yang bermula pada 29 September apabila Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi mengumumkan pelancaran fasa kedua serangan untuk menghalau militan IS dari kubu kuat mereka di bandar dan kawasan sekitarnya.

    Operasi untuk membebaskan Hawijah muncul apabila ketegangan berlarutan di antara Baghdad dan wilayah semi-autonomi Kurdistan selepas yang terakhir mengadakan referendum kemerdekaan yang kontroversial.

    Pungutan suara itu ditentang secara meluas kerana ia akan mengancam integriti Iraq dan boleh melemahkan perjuangan menentang militan IS.

    Di samping itu, negara-negara jiran seperti Turki, Iran dan Syria melihat bahawa langkah sedemikian akan mengancam integriti wilayah mereka, memandangkan populasi Kurds menjalankan kehidupan di negara-negara tersebut. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda