Setiap individu mempunyai kreativiti secara semula jadi. Kreativiti setiap orang adalah berbeza mengikut idea masing-masing. Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Justeru, karya seni itu bersifat amat subjektif, dan dalam banyak-banyak seni mungkin hanya sebilangan yang difahami manakala yang lainnya, lebih berdasarkan pemahaman pelukis atau pengkarya itu sendiri.